02 February 2020

Terus berharap

Ya, masih ada harapan. Harapan yang realitinya tidak ada jaminan bahawa engkau tidak akan merasa sakit yang sama. Harapan ni lebih kepada kau meyakinkan diri kau tentang apa yang kau angan dan impikan. Tapi dengan harapan jugak boleh buat kau jatuh terduduk kalau kau terlalu meletakkan harapan tu terlalu atas. Gayat. 

Harapan dan diri kau sendiri sepatutnya seiring. Tapi kenapa terkadang kau tahu harapan tu cuma angan angan yang kau cipta sendiri yang mana sangat mustahil untuk kau capai tapi kau masih letakkan diri kau dalam dunia fantasi tu. Tak cukup sedar ke yang kau sebenarnya dah biarkan diri kau rosakkan hidup kau sendiri. 

Bangun dari dunia fantasi kau. Walaupun hakikat hidup ni terlalu pahit untuk kau telan nak taknak kau kena tempuh jugak. Lebih baik kau berjuang dalam realiti daripada sakit dalam fantasi.

Kekecewaan terbesar dalam hidup kita selalunya berlaku apabila kita meletakkan harapan pada tempat yang salah.

19 January 2020

Dalam jiwa jiwa yang indah ada aku yang kosong

Setiap apa yang diluah curah bukanlah kerana dahagakan perhatian. Sama sekali tak. Cukup sekadar untuk melepas sesak didada. Atau mungkin untuk kau ambil hadam. Terpulang. Untuk kau yang membaca, terima kasih. 

Menilai orang tanpa kau kenal isi hati atau tanpa kau pernah duduk semeja atau tanpa kau cuba untuk meletakkan diri kau dalam kondisi seseorang tu adalah normalisasi alam. Kalau kau tak macam tu kau melawan hukum alam. Gurau. tapi realitinya begitu. Mungkin kau cuba, tetapi sekadar mencuba dan masih menilai dan mempersoalkan tentang hasilnya.

Pernah tak untuk kau cuba letak diri kau, cuba faham dan cuba untuk mencari konklusi? Menilai dan mempersoalkan hasil takkan buatkan seseorang tu berhenti dari perasaan negatif yang dia tengah rasa.